Tuesday, 4 November 2014

Selamat Hari Jadi abang Haziq

Esok 5 November 2014 genap 10 tahun umur anak akak yang nombor 2..Amierol Haziq Shamsol Anuar..10 tahun lepas masa ni akak dah masuk wad...scheduled for c-sec tomorrow... berdebar2...takut... semuanya...and after all those fainful procedure Haziq pon lahir....so cute dr kata..pipi kembung dagu runcing....and you are such a good baby... umie nak haziq tahu umie ngan abang n kakak serta adik sayangkan abang haziq sangat2....umie doakan semoga haziq beroleh keberkatan...di lindungi Allah dimana saja haziq berada...dimurahkan rezeki..di panjangkan umur..semoga haziq beroleh kejayaan dunia dan akhirat... so entry malam ni adalah entry sempena birthday celebration haziq..maaflah ni je umie boleh masak...:)

So hari ni akak masak nasi tomato..makan dengan acar timun n daging masak merah..sebab haziq suka daging...

Nasi Tomato

3 cawan beras basmathi ( cuci bersih dan rendam dalam 15 ke 30 minit dan toskan)
2 biji Bawang merah
1 biji bawang putih
1 cm halia
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin ( akak guna planta)
2 bunga lawang
Kulit kayu manis
2 ke 3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 helai daun pandan
1 kiub Stok ayam maggi
Garam dan gula untuk perasa
1 sudu kecil serbuk perasa
1 kotak kecil kismis
1 tin kecil tomato puree ( akak guna sos tomato jek dalam 5 sudu besar)
1/ tin susu cair ( akak x letak sebab nanti lemak sgt....dah ada minyak sapi cukuplahhhh)

Cara:
1. Planta dan minyak sapi cairkan dalam kuali.asukkan bawang merah, putih dan halia. Goreng sampai wangi.
2. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkeh.
3. Kemudian masukkan garam dan gula serta stok ayam. Kemudian masukkan sos tomato dan akhirnya masukkan daun pandan. Goreng sehingga naik bau pandan.
4. Dah siap tutup api dan masukkan beras basmati tadi.
5. Masukkan kedalam rice cooker dan tambah air secukupnya. Siap.

Masa nasi hampir masak masukkan kismis dan kacau perlahan..takut nanti beras basmathi tu patah..x cantik pula nasi...n dah masak boleh taburkan hirisan daun ketumbar, bawang goreng n gajus..tp malam ni akak x bubuh...sebab bahan x de kat umah...hehehe....

Daging Masak Merah

1/2 kilo daging ( akak rebus sampai empuk dan reducekan stok daging)
3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
2 ulas bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
5 sudu besar cili giling
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
2 batang serai dititik
2 biji cabai besar dipotong 2
1 biji tomato potong 4
Garam dan gula untuk perasa

Cara:
1. Tumis semua bawang n halia. Masukkan juga bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Goreng sampai wangi.
2. Masukkan cili giling, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Goreng sampai wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan serai yang dititik.
4. Masukkan daging dan stok daging. Masak sampai empuk dan perisakan.
5. Last sekali, masukkan cili besar dan sos tomato. Hiaskan dengan hirisan daun sup.

Acar Timun

2 biji timun ( ni je yg ada..hehehe)
1 biji tomato
1 biji cili besar ( nak pedas boleh tambah cili padi)
Garam dan gula untuk perisa
5 sudu besar sos cili

Cara:

1.Potong timun, cili, bawang dan tomato. Perisakan dgn gula dan garam.
2. Masukkan sos tomato...siapp..hahahhaha...

Acar ni lebih sedap kalau ditambah nenas tapi sebab kat umah akak tu je yg ada..jadilahhh... dan akak memang x suka cuka..so akak ganti dengan sos cili...sama je..lebih sedap kalau letak bijan dan kacang goreng.... dan jeng jeng jeng..ada resepi tambahan penambah selera..apa tuuuu...


Cencalok...hahaha...penambah selera...yummeh...ok lah..thats for tonight..anything i update later...assalamm...

No comments:

Post a Comment