Salam Ramadhan.....
Hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa...anak anak kat rumah, along dan abang nampaknya masih berpuasa sehingga hari ini....almaklumlah...dapat hasil lumayan...sehari puasa rm10.00...lumayan kan....itulah dia...dalam kita nak mendidik anak anak pelbagai kaedah terpaksa digunakan...umie percaya dalam mendidik anak anak ni tak sama macam cara ibu bapa kita mendidik kita dulu dulu....macam macam cara digunakan....
Banyak koleksi tapi...haa..itu entry pertama akak...bukan tak nak berblog ni tapi masa tak de dan tak berapa pandai sangat....tapi disebabkan rasa jeles dengan blogger blogger yang dapat tunjuk resipe dan gambar gambar masakan yang sedap dan cantik, hati ni terbuka plak nak buat blog masakan sendiri, koleksi dah banyak cuma x dipublishkan jerrr.....
Resepi kali ni memang resepi yang menjadi faveret anak anak akak....anak anak akak ada masakan kegemaran sendiri.....along suka makan ikan bawal sweet n sour, ketam lemak cili padi, kari ikan...mostly masakan bersantan dia suka..abang pulak memilih sket...suka makan seafood, especially ketam, ketam cili, sup ketam, ketam lemak cili padi, ketam goreng kari...bak kata tu, semua masakan ketam dia suka....pernah sekali abahnya belikan 5 ekor ketam...dia sorang jer conquer...maknya dapatlah makan belen belennya aje...abahnya kata...boleh bankrap abah kalau hari hari macam ni.....anak akak yang sorang ni kalau ikut ke pasar, dia mesti akan pilih apa yang dia suka untuk umienya masak....tak macam kakak, kotor dan busuk katanya pasar tu..terbalik plak..anak perempuan ganas macam lelaki, anak lelaki plak lebih bertolak ansur.....hehe..tapi anak ketiga...lebih ganas dari kakak dan lembut hati macam abang.....

ok lah ...cukup cukup dengan kisah anak anak. Resepi kali ni kegemaran anak akaka yang kedua, Tauchoo Chilly Crab with Apple...ni cili crab version akak le...so memang tak sama dengan mana mana cili crab yang ada.....akak pun tak pernah cari resepi cili krab mana mana version...disebabkan ketam ni bersalut cili..so akak namakan cili krab...huhuhu.....my version...asalkan anak anak n hubby sukaaaa......lantaklahhh.....hahahah....
Bahan bahan:
5 ekor ketam, dibersihkan dan dibelah dua (ikut suka)
*2 biji bawang merah
*1 biji bawang besar
*1 biji bawang putih
*8 biji cili besar (kalau nak pedas sedikit boleh tambah cili api)
2 batang serai, dititik dan dicampur semasa menumis bahan bahan diatas.
*bahan bahan diatas ditumbuk halus, tapi kalau nak senang blend pon boleh....
2 sudu besar taucu (umie guna taucu opah, basuh dulu kalau takut masin)
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
1 biji epal hijau dipotong dadu
daun sup dipotong untuk hiasan
gula dan garam ikut sesedap rasa, umie rasa dulu masin ke tak sebab, sos ikan, sos tiram dan taucu dah masin...so pandai pandailah sesuaikan yer....
sedikit perahan air asam jawa (jangan banyak sangat sebab sos tomato n apple dah masam)
minyak untuk menumis
cara:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan bahan kisar. Masukkan serai yang telah dititik. goreng sehingga wangi, naik bau serainya.
2. Masukkan taucu, goreng sebentar. Masukkan sos tomato, cili, ikan dan tiram. kacau sebentar dan masukkan air asam jawa.
3. Kemudian masukkan hirisan epal hijau tadi dan seterusnya gula dan garam ikut kesesuaian rasa masing masing.
4. Akhir sekali masukkan ketam yang telah dicuci bersih dan tutup periuk sehingga ketam masak.
5. Hiaskan dengan daun sup.
Resepi akak ni rasanya sedikit manis, tapi terpulanglah ikut cita rasa masing masing.....SELAMAT MENCUBA....