Kek marble ni adalah kek yang paling mudah nak dibuat...amik resepi kat majalah rasa tahun 2008 kot...memula buat x berapa ok..maklumlah x berapa reti...but as time move on...boleh katakan tiap minggu buat...lama lama mahir dah...setakat ni semua jadik..lembut, sedap, x berapa manis....anak anak selalu suruh buat....anak anak akak x boleh kita mention hari ni nak buat kek..selagi x buat tu lah asik tanya je..bila umie nak buat kek...selagi x buat selagi tulah ditanya..dah buat senyap..sedar2 kek pon dah habis.....kalau husband akak buat macam kacang depan tv..Alhamdulillah....
Jom tengok resepi.
![]() |
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 cawan gula castor (akak selalu gula 1 cawan jek sebab dah letak susu pekat..manisssss)
1 1/2 cawan butter (akak guna SCS salted butter)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar susu pekat
6 biji telur gred B ( Gred A guna 5 biji)
Pewarna kesukaan (Umie guna biru, hijau dan merah)
Cara:
1. Pukul butter dan gula castor sehingga kembang dan putih.
2. Masukkan esen vanilla dan susu pekat. Pukul sehingga sebati.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga betul betul kembang.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balikkan dengan spatula. Akak pukul guna mixer tapi sekejap sahaja.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan.
6. Sediakan oven pada suhu 170C.
7. Corakkan kek mengikut kemahiran dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak. (Cucuk dengan garfu, kalau keluar bersih, kek dah masak)
selamat mencuba!!!!
